logo_bulat

PERATURAN & SOP

VISI

Ingin menjadi “One Stop Centre” pusat pendidikan awal kanak-kanak yang mampu menyediakan perkhidmatan untuk semua peringkat umur kanak-kanak dari bayi hingga 12 tahun.

Untuk menyediakan penjagaan dan program yang berkualiti bagi semua kanak-kanak kurniaan Tuhan yang telah dianugerahkan kepada kita.Untuk menjadi pusat asuhan dan pendidikan yang menjadi pilihan utama semua dalam industri perkembangan kanak-kanak yang berkualiti dengan biaya yang munasabah dan fleksibel menurut cara-cara yang sebaiknya.

Memberi keutamaan kepada kualiti perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada pelanggan, ibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang berkualiti merangkumi ilmu rohani dan duniawi demi perkembangan yang menyeluruh. Mengutamakan kepentingan kanak-kanak daripada diri sendiri dalam apa jua situasi. Melayan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya tanpa ada sikap pilih kasih serta tidak menggunakan 3 K- Kekasaran Fizikal, Kekasaran Bahasa dan Kekasaran Suara.

  • Setiap Anak Adalah Khalifah Allah
  • Setiap Anak Adalah Permata Negara
  • Setiap Anak Adalah Unik,
  • Setiap Anak Adalah Berbeza.
  • Ditubuhkan pada Januari 2004
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat PERMATA.
  • Nisbah guru dan anak yang kecil bagi menjamin kualiti pengasuhan & pendidikan yang berkualiti
  • Pencapaian anak-anak yang telah diasuh dan dididik boleh berdikari dan berjati diri, bijak mengurus diri serta cerdik berketerampilan, mahir berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa ternyata berbeza daripada anak yang berada di rumah dengan penjagaan pembantu rumah, nenek, ahli keluarga lain , pengasuh atau ke Taska lain.
  • Aktiviti perkembangan menyeluruh berpusatkan kanak-kanak (child-centred) menjadikan setiap aktiviti adalah melalui bermain dan menyeronokkan berlandaskan kurikulum PERMATA Negara.
  • Aktiviti main air,main pasir serta nature-walk adalah aktiviti yang menyebabkan anak- anak KBC terus seronok meneroka, mencuba, menjalankan eksperimen membina kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi merangsang minda dan meningkatkan perasaan ingin tahu yang tinggi, disamping membina sosio emosi yang ceria dan tenang.
  • Pendedahan yang digarap telah membekalkan diri anak-anak KBC untuk terus cintakan ilmu,mendapatkan kemahiran dan mempunyai sikap, adab dan akhlak sebagai seorang anak yang mendengar kata serta jati diri yang mantap, cekal dan berani ke alam prasekolah yang sebenar.
  • Penerapan nilai-nilai murni : Pemurah, Rahmah, Ehsan, Redha, Jujur, Adil, Penyayang, Siddiq, Ikhlas, Amanah, Mawaddah dan Tawakal.
  • Pemberian pemakanan yang berkhasiat dan seimbang diberi keutamaan kepada anak- Anak-anak juga dididik untuk mengambil berat untuk menjaga kebersihan serta kesihatan diri agar pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara optima.
    1. Ibubapa/penjaga diwajibkan mengisi borang kehadiran secara atas talian di Log Harian Online
    2. Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan) dan elakkan kanak-kanak daripada sering tidak hadir ke KBC.
    3. Kedatangan terlalu awal sebelum waktu operasi (sebelum jam 7.00 pagi) hendaklah dielakkan kecuali selepas perundingan dengan pihak pengurusan KBC.
    4. Kanak-kanak yang hadir terlalu awal ke taska/tadika akan dikenakan caj tambahan iaitu RM5/30 minit.
    5. Ibubapa hendaklah memastikan kanak-kanak telah siap di mandikan semasa hadir ke KBC
    6. Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 10.00 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti dan anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian dari program yang telah diaturkan oleh pihak KBC.
    7. Anak yang dihantar selepas jam 10.00 pagi mestilah telah siap bersarapan dan mandi.
    8. Semasa kedatangan :      i) Imbas suhu badan      ii) Periksa keadaan fizikal kanak-kanak
    9. Anak yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5’C tidak dibenarkan hadir ke KBC.
    10. Pemeriksaan fizikal anak-anak akan dibuat sebagai rutin harian pagi semasa proses terima anak oleh pihak taska. Pengasuh taska akan mencatat hasil pemeriksaan di dalam rekod kedatangan pagi dan seterusnya laporan petang yang di hantar/email kepada ibubapa/penjaga.
    11. Ibubapa/penjaga harus memastikan pemeriksaan fizikal dilakukan sebelum memasuki taska.
    12. Kanak-kanak yang mengidap penyakit berjangkit seperti cecair, campak, begok, sakit mata, penyakit kulit, kudis buta, kepala berkutu, penyakit tangan, kaki dan mulut atau apa saja berjangkit tidak dibenarkan hadir ke taska.  
    13. Pihak KBC perlu di maklumkan akan ketidakhadiran kanak-kanak.
  1. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil inisiatif atau seboleh mungkin menghantar dan mengambil sendiri kanak-kanak dari/ke KBC.
  2. Untuk keselamatan anak anda, adalah digalakkan anak dihantar sehingga ke pintu masuk premis atau lebih baik hingga ke dalam premis sampai ke tangan pengasuh taska dan begitu juga waktu mengambil anak.
  3. Dengan cara ini ibu bapa/penjaga akan dapat memberitahu perihal anak seperti ubat, pakaian, bekal atau apa yang perlu diambil perhatian atau pun bertanyakan perkembangan harian anak di KBC.
  4. Sila pastikan arahan seperti di no.3 diatas, terutamanya ubat-ubatan dan bekalan makanan terkandung di dalam Log Harian Online 
  5. Pengasuh yang bertugas menyambut anak akan hanya menunggu kedatangan anak sehingga jam 8.00 pagi.
  6. Kanak-kanak yang datang lewat, sila bunyikan loceng taska dan tunggu sehingga pengasuh bertugas datang menyambut kehadiran kanak-kanak.
  7. Ibubapa/penjaga wajib memaklumkan kepada pihak taska jika kanak-kanak diambil oleh orang lain selain dari nama yang didaftarakan. Perkara/info yang perlu dinyatakan adalah : i) Nama penuh  ii) No plat kereta / jenis kereta   iii) Gambar individu yang jelas.
  8. Pihak taska tidak akan melepaskan anak pulang jika tiada arahan dari ibubapa.
  9. Semasa mengambil anak (sebelum meninggalkan premis) sila pastikan :-
  • Anak tidak mengalami sebarang kecederaan (semasa dalam jagaan KBC)
  • Jika ada tanda-tanda tercedera sila bertanyakan terus kepada pengasuh yang bertugas
  • Keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar.
  • Kasut atau selipar
  • Buku pesanan 
  • Atau surat pekeliling (jika ada) untuk tindakan.

Dengan ini adalah penting pihak ibu bapa/penjaga mengamalkan komunikasi dan hubungan yang baik dengan pengasuh taska.

SEMASA PENDAFTARAN

  1. 2 keping gambar anak bersaiz passport.
  2. 1 salinan sijil kelahiran
  3. 1 salinan kad pengenalan ibu,bapa atau penjaga
  4. 1 salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan)
  5. 1 salinan buku imunisasi kanak-kanak 

 

SEMASA DI TASKA/TADIKA

  1. 3 set Pakaian yang lengkap.
  2. Lampin pakai buang/ (diapers) yang mencukupi. Saranan taska 5 keping.
  3. Bekalan susu yang mencukupi ( EBM atau susu formula ).
  4. Botol susu
  5. Botol air masak
  6. Tuala mandi
  7. Toiletries ( kelengkapan mandi )
  8. Make-up kits ( bedak, krim, sikat dan minyak telon )
  9. Bip – Alas dada untuk makan
  10. Laundry bag/plastik – simpanan baju kotor
  11. Barang/keperluan anak yang wajib ada tetapi tidak disenaraikan di sini. ( contoh : bantal busuk )

 

#NOTA PENTING

  • Semua barangan keperluan kanak-kanak / bayi perlu lah di tagging bagi memudahkan pihak taska dan juga pihak ibubapa/penjaga.
  • Susu ibu juga perlu lah ditagging juga terutama nama anak dan tarikh di pam. Ini memudahkan pihak taska menjalankan sistem FIFO dengan berkesan.

 

TRANSIT

  1. Pakaian seragam sekolah/Keperluan persalinan untuk menginap di transit
  2. Plastik untuk mengisi kasut sekolah
  3. Penyangkut baju/Plastik untuk pakaian sekolah yang kotor

 

KEPERLUAN MANDIAN (Boleh di tinggalkan di pusat transit)

  • Mandian dan syampu
  • Ubat gigi
  • Berus gigi
  • Sikat
  • Bedak
  • Penyangkut baju – untuk tuala / telekung / pakaian seragam

 

* NOTA PENTING

  • Setiap pakaian dan hak milik anak hendaklah dilabel nama nama. Pihak KBC tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pertukaran atau kehilangan jika nama tidak dilabel.
  • Jika beg pakaian kotor (laundry bag) tidak dibawa, pakaian kotor / basah akan dimasukkan terus ke dalam beg.
  1. Log Harian ONLINE / secara manual melalui bukulog boleh di isi di rumah.
  2. Wajib di isi setiap hari sebelum menghantar kanak-kanak/bayi ke taska/tadika.
  3. Sistem Log Harian ONLINE  /secara manual wajib diisi oleh ibubapa/ penjaga  bagi mencatit kesihatan, barang dan keperluan harian, pemeriksaan fizikal badan anak-anak dan sebarang pesanan kepada pihak KBC.
  4. Pihak KBC akan membalas logbook yang dihantar ini melalui laporan petang secara hantaran email / buku log secara manual.

1.Makanan ringan (junk food)

Makanan ringan (junk-food) seperti gula-gula, jeli, chewing gum, lolipop, mee segera dan sebagainya adalah TIDAK DIBENARKAN di bawa ke KBC sebagai bekalan harian.

2. Alat-alat permainan dan barang kemas

Adalah ditegaskan segala barang kemas, alat-alat permainan, telefon bimbit dan peralatan elektronik tidak dibenarkan dibawa ke KBC. Pihak KBC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dan kehilangan barang tersebut.

3.Alahan makanan

Anak-anak yang alah dengan menu makanan yang disediakan oleh KBC perlulah membawa bekalan makanan dari rumah. Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada pengasuh tentang makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak.

4. Wang berlebihan – transit

Anak-anak tidak dibenarkan membawa wang untuk mengelakkan sebarang kehilangan.

  1. Ibu bapa/penjaga perlu menyerahkan surat pengesahan kesihatan anak dari doktor untuk rujukan pihak KBC. Terutama selepas pulih daripada penyakit berjangkit.
  2. Pihak KBC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang maklumat yang tidak diberi oleh ibu bapa tentang kesihatan anak.

Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak pengurusan KBC akan menghubungi ibu bapa / penjaga / saudara berdasarkan rekod simpanan nombor kontak yang didaftarkan, tetapi jika tidak dapat dihubungi (selepas beberapa kali) pihak TASKA akan mengambil langkah keselamatan seperti berikut :-

  1. Hantar anak ke klinik
  2. Pihak pengurusan KBC akan terus menghubungi pihak ibu bapa / penjaga.
  3. Segala pembayaran adalah tanggungjawab ibu bapa.

 

Peringatan :

Adalah penting bagi setiap ibu bapa/ penjaga mengemaskini nombor telefon dengan pihak taska dari semasa ke semasa. Ini adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan pihak pengurusan dapat memaklumkan perkembangan terkini anak.

* NOTA PENTING *

  • KBC secara khas nya tidak menggalakkan pengasuh taska dipertanggungjawabkan dalam kes-kes kesihatan kanak-kanak dalam pemberian ubat-ubatan.
  • Ibubapa/penjaga wajiblah menitikberatkan kesihatan kanak-kanak terlebih dahulu.

 

Pemberian ubat-ubatan bersyarat adalah seperti berikut:-

  1. Arahan wajiblah jelas dan direkodkan.                                                                                                                                                                                                            (Sama ada melalui logbook harian/medium mesej telefon atau kedua-duanya sekali)
  2. Setiap ubat mestilah dilabel dengan nama penuh anak, mempunyai tarikh luput dan arahannya sekali. 
  3. Pengasuh tidak akan bekerjasama memberi ubat yang bukan hak milik anak.
  4. Ubat mestilah diberi terus ke tangan Pengasuh. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab jika ubat disimpan di dalam beg tanpa pengetahuan Pengasuh.
  5. Ibu bapa perlu meletakkan ubat di dalam bekas yang sesuai bagi mengelakkan dari tertumpah.
  6. Semasa mengambil anak, sila pastikan sama ada ubat yang diambil adalah kepunyaan anak.

Setiap kanak-kanak 2 tahun -12 tahun wajib menyertai skim insuran berkelompok yang telah disediakan oleh pihak KBC. Kanak-kanak dibawah 2 tahun digalakkan mengambil insuran persendirian.

  1. Log Harian Online

Ibu bapa perlu memastikan Log Harian anak diisi setiap hari sebelum menghantar anak ke taska/tadika.

  1. Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang sepanjang tahun.
  2. Ibubapa/penjaga juga digalakkan melibatkan diri dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan kepada senarai aktiviti.
  3. Aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:
    • Mengikuti, membantu dan bekerjasama dalam program yang telah disusun sepanjang tahun seperti membantu dalam menyiapkan persiapan acara sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak, Hari Taska dan lain-lain.
    • Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.
    • Bekerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah untuk aktiviti anak-anak.
    • Menjadi pakar rujuk , penasihat dalam bidang kemahiran masing-
    • Membantu membuat alat bantu mengajar
  4. Menyertai perjumpaan, mesyuarat, seminar dan kursus pendidikan keibubapaan yang dianjurkan oleh KBC.
  5. Mematuhi segala peraturan dan larangan yang telah ditetapkan oleh KBC.
  6. Bersikap terbuka terhadap pengasuh dan kakitangan sokongan 
  7. Memberi kerjasama dan melibatkan diri dengan aktiviti premis seperti menyertaan aktiviti Picnic Day, Sandwich Day,Fruit Salad Day , Bubble Day dan lain-lain.
  8. Lawatan ibu bapa / penjaga, perkembangan anak & rekod prestasi. Ibu bapa / penjaga digalakkan hadir memerhati dan mengetahui perkembangan anak-anak pada bila-bila waktu operasi dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Segala rekod dan permasalahan anak adalah rahsia.

 

Rekod Prestasi dan Rekod Perkembangan anak akan diserahkan kepada ibu bapa mengikut jadual yang ditetapkan.

1. Penyediaan dan Penghantaran EBM oleh Ibu Bapa

1.1. Penyediaan EBM:

  • Ibu bapa perlu menyediakan EBM dalam bekas yang bersih, selamat, dan sesuai untuk penyimpanan susu.
  • Bekas EBM mesti ditandakan dengan jelas menggunakan label kalis air, termasuk:
    • Nama bayi.
    • Tarikh dan masa susu diperah.
    • Jumlah susu dalam bekas (ml).

 

1.2. Penghantaran EBM ke Taska:

  • EBM mesti dihantar dalam keadaan sejuk, disimpan dalam cooler bag dengan pek ais.
  • Jumlah EBM yang dihantar perlu mencukupi untuk keperluan bayi sepanjang hari di taska.

 

1.3. Pemberitahuan:

  • Ibu bapa perlu memaklumkan sebarang arahan khas untuk pemberian EBM kepada staf pengasuh.
  1. Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui.
  2. Bayaran hendaklah dibayar melalui akaun yang telah ditetapkan atas nama KIDS BONDING RESOURCES sahaja.
  3. Bayaran yuran secara tunai kepada pengasuh taska adalah DILARANG sama sekali.
  4. Bayaran yuran hendaklah dilunaskan sebelum atau pada 5hb setiap bulan bagi memastikan proses pengasuhan berjalan lancar.
  5. Bagi bayaran tertangguh selepas 6hb, surcaj akan dikenakan sebanyak rm10/hari dan maksimum sehingga rm50 sahaja.
  1. Yuran pendaftaran dikenakan sekali seumur hidup.
  2. Ianya adalah bayaran tetap bagi kanak-kanak yang mendaftar di KBC.
  3. Bayaran ini tidak dikembalikan kecuali perjanjian penempatan anak di taska tidak dapat dipenuhi oleh pihak KBC.
  4. Bayaran pendaftaran ini adalah bagi menjamin tempat anak/tuan puan sepanjang masa di KBC.
  1. Asas struktur yuran yang dipersetujui bersama adalah dalam kiraan bulanan dan bukan dalam asas kiraan harian.
  2. Adalah menjadi kewajipan ibubapa/penjaga memastikan kanak-kanak hadir penuh di taska dengan kesihatan yang optimum.
  3. Yuran bulanan mestilah dijelaskan sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan. Yuran mesti dijelaskan ke akaun KBC .
  4. Bayaran yuran masih dikira bayaran penuh walaupun anak-anak mengambil cuti sebulan (1 bulan) penuh atau sebahagian dari bulan tersebut.
  5. Anak-anak yang bercuti atas sebarang sebab bagi tempoh kurang atau melebihi satu bulan, yuran penuh di kenakan bagi cuti bulan yang pertama dan yuran separuh bagi bulan-bulan yang berikutnya dan tempat tidak akan dipulangkan.
  6. Anak-anak yang bercuti atas sebarang sebab atau berhenti tanpa notis adalah dikehendaki membayar yuran penuh bagi satu bulan dan tempatnya dianggap kosong bagi bulan-bulan seterusnya.
  7. Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis atau tanpa notis dan ingin menyambung semula bagi mendapatkan perkhidmatan KBC dikehendaki membayar BAYARAN KEMASUKAN SEMULA dengan jumlah bayaran penuh.

PERKHIDMATAN TAMBAHAN

  1.  Anak-anak transit KBC yang hadir sepenuh hari pada cuti persekolahan perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM12.00/hari.
  2. Kepada ibu bapa / penjaga luar yang tidak mendaftar dengan KBC, yang memerlukan perkhidmatan tambahan disebabkan sekolah rendah cuti seperti cuti peristiwa dan cuti UPSR, ibu bapa perlu membayar RM 30.00/hari.
  1. KBC dengan sepenuh usaha dan harapan tidak menggalakkan yuran tertunggak sama sekali.
  2. Ibubapa/penjaga wajiblah memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan bayaran yuran taska dapat dilunaskan mengikut tarikh yang dijanjikan.
  3. Pihak taska akan memberikan mesej peringatan selepas 6hb setiap bulan, sama ada melalui media elektronik atau secara lisan.
  4. Jika tunggakan berlarutan dan didapati ibubapa/penjaga tidak bertindak untuk sesi berunding dengan Pengurusan taska, kehadiran anak ke taska akan dihalang sama sekali sehingga tunggakan dilunaskan sepenuhnya.
  5. Pihak pengurusan KBC akan mengambil tindakan undang- undang kepada ibubapa/penjaga yang gagal menjelaskan segala jenis yuran yang tertunggak.
  6. Yuran bulanan dan lain-lain yuran tidak akan dikembalikan jika KBC diarah tutup oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit atau bencana alam.

MASA OPERASI             

  • 7.00 pagi – 6.30 petang 
 

HARI OPERASI 

  • Isnin – Jumaat

               

  1. Perkhidmatan overtime dan bayaran perkhidmatan overtime adalah tidak digalakkan sama sekali.
  2. Pada bulan Ramadhan tiada perkhidmatan overtime.
  3. Pengasuh perlukan rehat yang mencukupi untuk persediaan bekerja pada hari berikutnya dan Ibu bapa dinasihatkan mengambil anak-anak mereka seawal mungkin supaya quality time dapat diluangkan bersama keluarga.

 

KAEDAH KHIDMAT LEBIH MASA

  1. Jika perlu, ibubapa/penjaga wajiblah memaklumkan kepada KBC tentang khidmat yang diperlukan seawal yang mungkin.
  2. Pemakluman awal diperlukan bagi menjamin keberadaan dan kesediaan pengasuh dalam memberi khidmat pengasuhan yang teratur.
  3. Caj yang dikenakan semasa overtime ini akan direkodkan didalam buku kerja lebih masa di taska.
  4. Kiraan jam bagi overtime ini akan dikumpulkan setiap hari yang berkenaan dan jumlah jam akan diketahui semasa inbois dikeluarkan oleh pihak Pengurusan KBC nanti.

 

KADAR CAJ LEBIH MASA

  1. Selepas 6.30pm – RM10/jam
  2. Selepas 8.00pm – RM20/jam

 

 

  1. Ibu bapa / penjaga diharapkan dapat memberikan bimbingan (follow up) terhadap anak- anak ketika di rumah bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam proses pendidikan dan perkembangan anak-anak.
  2. Ibu bapa /penjaga diharap dapat memastikan bahawa anak-anak sentiasa berada di dalam persekitaran atau suasana yang baik dan soleh di mana jua bagi mengelakkan berlakunya konflik dalam diri anak-anak berhubung dengan persoalan didikan dan asuhan yang diterima.
  3. Sebarang bentuk perlakuan dan kata-kata negatif yang keluar daripada anak-anak ketika di rumah hendaklah dimaklumkan kepada pengasuh untuk tindakan pembetulan dan pengajaran.

Perkhidmatan KBC dibuka sepanjang tahun kecuali:

  1. Cuti Umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  2. Cuti yang telah ditetapkan oleh Pengurusan KBC (Cuti Raya dan Cuti Hujung Tahun).
  3. Cuti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan jika berlaku sebarang wabak penyakit di taska.
  4. Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti cuti peristiwa, bencana alam dan lain-lain.
  • Bagi menjamin pengasuhan yang bermutu dapat diberikan kepada anak-anak antara perkara yang terpenting ialah hubungan antara ibu-bapa / penjaga dengan pengasuh.
  • Hubungan dan interaksi ibu bapa / penjaga dengan pengasuh perlulah sentiasa baik dan mesra seperti sebuah keluarga.
  1. Ibu bapa / penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada perkhidmatan di KBC hendaklah memberi sebulan (30hari) notis bertulis sama ada melalui khidmat pesan media elektronik atau nota bertulis dan diserahkan kepada pengasuh.
  2. Sekiranya tidak ada notis bertulis ia masih dianggap menerima perkhidmatan di KBC dan perlu menjelaskan yuran seperti biasa.
  3. Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan dan lain-lain bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.
  1. Semasa menghantar dan mengambil anak-anak, ibu bapa/penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai tanpa menganggu aliran trafik kejiranan.
  2. Ketika menghantar dan mengambil anak ditaska,  perbuatan membunyikan hon perlu dielakkan.
  3. Kenderaan ibu bapa / penjaga tidak boleh menghalang pintu pagar jiran-jiran berdekatan. Ini adalah untuk menjaga kelangsungan operasi KBC.

Polisi Akses kepada Rakaman CCTV di Taska/Tadika

1. Tujuan Polisi

Polisi ini bertujuan untuk menggariskan prosedur dan syarat-syarat bagi akses kepada rakaman CCTV di taska/tadika. Ia juga bertujuan untuk melindungi hak privasi semua individu yang terekod dalam rakaman tersebut, termasuk kanak-kanak, ibu bapa, kakitangan, dan pihak ketiga, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

2. Objektif CCTV di Taska/Tadika

Untuk memastikan keselamatan kanak-kanak, kakitangan, dan pelawat.

Untuk memantau dan menguruskan insiden yang berlaku di kawasan premis.

Untuk melindungi harta benda taska/tadika.

3. Prinsip Asas Akses kepada Rakaman CCTV

1. Hak Privasi: Rakaman CCTV hanya boleh diakses oleh pihak yang diberi kebenaran, seperti pengurusan taska/tadika dan pihak berkuasa yang sah.


2. Tujuan yang Sah: Akses kepada rakaman hanya dibenarkan untuk tujuan keselamatan, siasatan insiden, atau tujuan lain yang sah.


3. Kerahsiaan: Semua rakaman adalah sulit dan tidak boleh dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis.

4. Prosedur Permohonan Akses Rakaman CCTV

4.1 Permohonan oleh Ibu Bapa

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak pengurusan.

Permohonan mesti menyatakan:

Tarikh dan masa rakaman yang diminta.

Sebab permohonan (contoh: siasatan insiden yang melibatkan anak).


Permohonan akan dinilai berdasarkan relevansi dan kesahihan sebab.


4.2 Keputusan Permohonan

Pengurusan akan menilai permohonan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Akses hanya dibenarkan kepada rakaman yang melibatkan anak pemohon.

Rakaman yang melibatkan individu lain akan disunting jika perlu, untuk melindungi privasi.

5. Kebenaran dan Batasan

Akses rakaman hanya boleh dilakukan di bawah pengawasan pihak pengurusan.

Salinan rakaman tidak akan diberikan.

Sebarang penyalahgunaan rakaman adalah dilarang keras dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Akses oleh Pihak Berkuasa

Pihak berkuasa seperti polis boleh mengakses rakaman dengan permintaan rasmi bertulis.

Pengurusan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

7. Penyimpanan Rakaman

Rakaman CCTV disimpan untuk tempoh 30 hari (atau mengikut tempoh yang ditetapkan). Selepas itu, rakaman akan dipadam secara automatik, kecuali ia diperlukan untuk siasatan.

8. Pelanggaran Polisi

Sebarang pelanggaran terhadap polisi ini boleh mengakibatkan:

Tindakan tatatertib ke atas kakitangan.

Laporan kepada pihak berkuasa jika melibatkan unsur jenayah.

9. Penilaian dan Pengemaskinian Polisi

Polisi ini akan disemak secara berkala untuk memastikan ia selaras dengan keperluan undang-undang dan keselamatan.

 

  1. Pihak KBC berhak mengambil gambar-gambar anak atau rakaman video pada bila-bila masa samada aktiviti dijalankan di dalam atau di luar premis .
  2. Pihak KBC juga dibenarkan untuk menyiarkan gambar dalam media cetak dan media elektronik.